Sunday, 3 December 2017

PANTAI KLEBANG TARIKAN MELAKA




Satu ketika Pantai Klebang ini memang sunyi. Akan tetapi sejak beberapa tarikan unik seperti restoran bas dan muzium kapal selam diletak di sini, kawasan ini semakin menjadi tempat beriadah dan lepak-lepak orang Melaka dan orang luar.
Untuk anda yang datang dengan keluarga pada hujung minggu, ada kereta kuda dan ATV yang boleh anda sewa di tepi pantai. Dan oleh kerana angin di sini sangat kuat, anak-anak juga boleh bermain layang-layang yang banyak dijual di tepi pantai Klebang.
Tips Pengunjung

1. Tempat ini dekat dengan Bustel (bas yang ditukar menjadi hotel), muzium kapal selam dan Klebang Coconut Shake yang terkenal sehingga ke Singapura.
2. Jika jalan di sini sesak teruk, ada kemungkinan ianya kerana pelanggan yang mahu menuju ke Klebang Coconut Shake.
3. Cuaca di sini sangat panas. Datang pada waktu petang ke atas. Dan tak perlu bersolek tebal. Takut cair nanti.


No comments:

Post a Comment